LATIHAN KECEMASAN & KEBAKARAN ‘FIRE DRILL’

24 MAC: Sesi Latihan Kecemasan dan Kebakaran ‘Fire Drill’ telah diadakan di padang Sk Kg. Titingan, bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang yang melibatkan semua warga Sk Kg. Titingan  bersama pasukan bomba dari Balai Bomba Tawau,  dengan kekuatan sebuah trak bomba bersama sembilan anggota bomba.

 

Sesi taklimat keselamatan kebakaran dan kecemasan diri dan sekolah disampaikan oleh pegawai bomba kepada warga Sk Kg Titingan serta sesi demontrasi pemadaman api disertai  guru dan pelajar. Sesi latihan ini bertujuan  memmberi latihan persediaan menghadapi situasi sebenar jika kebakaran berlaku di sekolah supaya cepat dan tangkas bertindak serta operasi menyelamat mangsa yang terperangkap.

Diharapkan sesi latihan ini dapat dimanafaatkan oleh warga Sk Kg. Titingan untuk menghadapi situasi sebenar jika berlaku sama ada di sekolah atau di rumah serta di mana sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *