PELANCARAN BULAN PUSAT SUMBER AL-FATEH 2018

26 Mac 2018 (Isnin) telah diadakan dengan jayanya Majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber Al-Fateh SKKTT tahun 2018. Majlis telah dsempurnakan oleh En. Hasan Kadir, Guru Besar Cemerlang SKKTT.

Bulan Pusat Sumber Al-Fateh merupakan program tahunan yang melibatkan semua panitia matapelajaran dan unit-unit khas yang ada di sekolah ini. Komuniti ini sama-sama melaksanakan pelbagai aktiviti mengikut bidang masing-masing. Program besar ini dilaksanakan selama sebulan bermula 26 Mac 2018 sehingga 27 April 2018.

Melalui program ini sekolah dapat  mencungkil pelbagai kemahiran murid agar dapat diketengahkan ke peringkat daerah, bahagian , negeri dan seterusnya kebangsaan.

En. Prasad Ridwan, GPM dan Penyelaras Program Bulan Pusat Sumber Al-Fateh 2018

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelancaran Bulan Pusat Sumber diadakan di Tapak  Perhimpunan Sk Kg Titingan

Brosur Pelancaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *