Program Transisi Tahun 1 telah berlangsung dari 2 Januari 2020 hingga 22 Januari 2020. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn Normadiah Binti Manah (Guru Penonlong Kanan HEM).
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.
Program ini telah dijayakan bersama guru-guru tahun 1.