MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM JOM KE SEKOLAH

17 FEBRUARI 2020 – Program Jom Ke Sekolah 2020 adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.Objektif program mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak polis. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *