13 Januari 2023-Satu pengalaman yang sangat berharga buat anak-anak kerana pertama kali menjejakkan kaki ke RTM Tawau.Terima kasih juga kepada juru hebah yang bertugas di konti pada pagi ini Pn Fauziah Ajak@Zee dan En Abdullah A.Wahid@Akhiey kerana berkongsi banyak maklumat dan tips sebagai penyampai radio kepada Wartawan Cilik Yang begitu bersemangat dan teruja.
Saya pun tumpang sekaki sekali.Walaupun dilahirkan di Tawau tapi barulah berkesempatan sama menjejakkan kaki ke RTM Tawau.Bolehlah juga kita masukkan sebagai aktiviti Kelab PSS Komuniti yang membuka tirainya tahun 2023.
Sumber Facebook Pn Jumatia Samsudin