PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024 dan 2025 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023.

CARA PENDAFTARAN SEPERTI BERIKUT

  1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna 
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Sila Cetak Pengesahan Pendaftaran Dan Hantar Ke Sekolah Bersama Sijil Asal dan Salinan Dokumen Di Bawah:-

1. Sijil Lahir Murid

2. Kad Pengenalan Ibu Bapa

3. Sijil Daftar Perkahwinan

4. Slip Gaji Dan Bil Utiliti

5. Salinan Tarikh Rekod Imunisasi