PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TITINGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Kg. Titingan bersedia memberikan perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan seperti yang berikut :
- Sentiasa bersopan santun, mesra, bersedia menolong menyelesaikan masalah pelanggan dengan pantas dan berhemah.
- Bersikap terbuka dan sentiasa menerima teguran dan idea yang membina demi kebaikan bersama.
- Prihatin terhadap anak didik dan tidak akan tunduk kepada sebarang gangguan yang menghalang keharmonian pembelajaran.
- Memastikan semua anak didik yang meninggalkan sekolah ini dapat menguasai teras KSSR.
- Memastikan murid berada dalam keadaan selamat.
- Sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan daripada keperluan peribadi.