PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar

Tuan,

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Disaja Malaysia akan mengadakan program yang tersebut di atas pada tarikh 5 dan 6 Februari 2017 serentak di semua sekolah di seluruh negara. Majlis Pelancaran Peringkat Negeri Perak akan diadakan di SMK Jalan Tasek, Ipoh pada 6 Februari 2017 yang akan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak bersama-sama dengan Ketua Polis Perak.

3. Sehubungan dengan itu, dipohon semua sekolah di negeri ini mengadakan Program Jom Ke Sekolah di peringkat sekolah masing-masing pada ketentuan seperti berikut:

                  TARIKH                : 13 FEBRUARI 2017

                  MASA                     : 7.30 PAGI HINGGA 8.05 PAGI (WAKTU PERHIMPUNAN PAGI)

                  TETAMU JEMPUTAN : PEGAWAI POLIS PERHUBUNGAN SEKOLAH

4. Bersama-sama ini disertakan atur cara dan teks ucapan YB Menteri Pendidiikan dan YDH Ketua Polis Negara yang perlu dibacakan dalam program tersebut.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong PPD HEM di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH.

Sekian dimaklumkan terima kasih.

UNIT HALEHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN